SasYGuyZ BanNeR

Followers

Monday, May 23, 2011

Bukan Dia Tapi Aku..

Salam kwn2 ku..
Hari ni just nk share 1 cerpen...agak bleh layan jgak la...jom bace..

Kakinya berlari menuju ke cafeteria. Matanya mencari sesuatu, dapat terus dihayun langkah ke arah sesusuk tubuh yang amat dikenali.
“Lama tunggu?”, wajah itu terus dian mencuka. Hek eleh boring betul!.
“Sorry la lambat lima minit aje, takkan nak marah kot”, Mona cebik bibir, tak pernah tepat janji lansung.
“Awak marah kat saya?”, Mona mendengus. Tersengih-sengih macam la muka tu lawa sangat.
“Sepuluh jari saya aturkan memohon seribu kemaafan wahai tuan puteri Mona Lisut”, jejari dirapatkan dan diletakkan di atas kepala. Seperti orang salah yang menunggu hukuman di jatuhkan. Mona diam, sesakali senyuman terbit dibibir.
Ha..dia dah senyum, maknanya dia dah tak marah kat aku lagi.
“Nah! sekuntum bunga sebagai tanda kemaafan”, mawar merah yang masih segar diletakkan di atas buku.
“Dahlah, saya takkan maafkan awak, bukan sekali tau awak buat saya cam ni”,
“Ala, takkan tak leh kot”,
“Tak boleh!”, Mona bingkas bangun dan berlalu. Beberapa langkah, Mona pusing semula.
“Bunga ni saya ambik boleh yek”, Mona senyum dan terus berlalu. Senyumam terukir dibibir. Marah-marah pun bunga aku kau ambik jugak. Alah! Gerenti marah tak lama punya, nanti malam call mesti dah sejuk punye. Cayalah!.

“Fuiyoo…burung cantik punya!”,
“Mana?”, Malik memuncungkan bibir ke arah seorang gadis yang berdiri betul-betul dihadapan mereka.
“Joe, kau tak cair ke?”, Joe memandang sekilas.
“Alah, budak macam tu mesti dah ada balak…lagipun aku dah ada Mona”,
“Alah!, Mona lain, ini lain”, Hamid menyampuk.
“Joe, aku rasa budak barulah. Cuba kau usha sikit tengok on ke tak”,
“Tak maulah, tau dek Mona habis aku”,
“Hek eleh! Takut ngan awek rupanya kau ni..hahhahhaahah”, Malik dan Hamid ketawa mengekeh.
“Alah Joe..suka-suka je, kalau Mona tanya cakaplah kawan. Tak best la kalau muka je handsome tapi kecut”,
“Kau jangan cabar aku Malik”,
“Memang aku cabar kau la ni, kalau kau tak nak pas aje kat kita orang. Aku ni ha sampai sekarang single lagi”,
Joe diam. Ah! Suka-suka apa salahnya. Kawan-kawan je, nanti kalau Mona Tanya pandai-pandailah aku kelentong. Alah! Sesekali tolong member cari awek pun apa salahnya. Joe tengok muka Malik dan Hamid yang masih lagi ada sisa-sisa tawa menyindir di wajah mereka. Teras mukanya panas. Ces!
“Woit! Kau tengok tok guru kau orang mengajar”, Joe kerling pada Malik dan Hamid.
“Good luck beb!”, Malik dan Hamid melambai tangan pada Joe yang sudahpun menghampiri gadis yang dimaksudkan tadi.

“Dik..adik ni orang baru kai sini ke?,” Gadis itu senyum tapi apa yang ditanya tak diendahkan.
“Kalau tak silap macam pernah jumpa ye..emm…Camelia ke ni?”, gadis itu mengelengkan kepala. Mak oi! Susahnya nak keluarkan suara tu. Tanya sikit tak nak jawab yang dia tahu angguk geleng kepala je. Muka pun macam muka takut je. Mata pulak asyik pandang kiri kanan entah apa yang dicarinya. Woi! Aku cuma bertanya je la bukannya nak makan kau la.
“Er..cari siapa?”, gadis itu geleng kepala lagi.
“Nama siapa..kalau ada apa-apa hal saya boleh tolong”,
“Emm okey”, Joe jungkit bahu bila dilihat tiada sebarang respon dari gadis didepannya. Apa aku nak kelentong gan budak dua ekor tu..aiceh tak laku lansung minyak aku hari ni. 
“Er.. ok lah, blah dulu, saya silap orang agaknya. Sorry yek!”, gadis itu senyum lagi untuk yang entah keberapa kali. Joe sengih dan terus membuka langkah.
“Er..bang!”, langkahnya terhenti. Joe pandang semula pada gadis dibelakangnya. Apa kau panggil aku abang....yahooooooo!!!!!!.

“Woi! Amacam, on ke?”, Joe jungkit bahu sambil senyum meleret.
“Takkan tak ada apa-apa kot. Aku tengok tadi dia ikut kau. Kau bawa dia pergi mana ha! Ini sudah lebih ni”,
“Kau orang buat apa nak tahu, ini antara aku dengan dia la”,
“Joe amacam ok tak?”, Malik memaut bahu kiri Joe. Ini mesti nak kenen aku ni. Sorry itu aku punya gasak kau orang la single ke hapa ke…hehhehheeh.
“Okey..semua okey. Perfect!”,
“Ok ingat sikit jangan lebih-lebih, awak tu dah ada yang punya”,
“Sebab aku beringat ni la aku lebih-lebih…hahhahaaa”, Joe ketawa besar. Malik dan Hamid berkerut dahi. Kenapa la mamat ni sewel kot…awek dia nak campak mana?.
‘Alaaa relaks la beb aku nak kawan-kawan je takkan itu tak bole kot…Mona tu mana aku nak taruk”,. Hehehhe Malik dan Hamid mula tersenyum..ingatkan betul-betul mamat ni nak ambik budak tu, kalau tidak melepas ler kita orang ni.
“Kau orang aku bole kenenkan tapi dengan syarat hanya berkawan tak lebih tak kurang”,
“Alamak kau ni macam abang dia pulak..apasal bersyarat pulak ni?”,
“Takde la tapi aku tengok dia budak baik..ikhlas aku cakap ni”,
“Emm okey…so apa nama dia?”,
‘Nama dia?...nama dia…”,
Kringg……..loceng menandakan waktu kelas bermula berbunyi. Joe terus berlalu.
“Woit ! Joe apa ni”,
“Sorry lain kali aku bagi tau ..bye”,

“Sebenarnya saya nak cari bilik pengetua kolej ni tapi tak jumpa-jumpa, boleh tolong tunjukkan tak?”, Joe kerut dahi.
“Kenapa tak cakap dari awal tadi?”,
“Bukan apa, saya tak kenal sorang pun kat sini. Saya ni cuma budak kampung. Saya tak berani nanti tersilap orang”,
“Alahai aku pun orang kampung jugak. Jom ikut aku tunjukkan jalan. Lain kali bertanya…tengok sekarang dah malu bertanya sesat jalan nasib baik ler jumpa aku ni yang ikhlas nak tunjukkan jalan. Lagi satu senyum tu memang manis tapi kalau senyum je lebih tapi suara tu simpan buat harta dalam tekak apa la gunanya”, Joe sengih. Azira mengetap bibir. Mamat ni ikhlas ke tidak nak tolong aku ni, siap berjela-jela pulak nasihat. Kalau ikut hati aku ni nak aje aku angkat dia lepas tu campak kat tepi jalan besar tu biar kena langgar lori ke brozer ke..isk nauzubillah tak baik aku cakap macam tu.hehehhehe..kalau dia tau mati aku…Azira senyum mengekeh. Joe pandang sekilas..entah apa la minah ni senyum sorang-sorang..ish! pelik aku negok..
“Minta perhatian semua!”, Joe tersentak bila tanganya di siku Ajoi disisi. Fikirannya yang baru melayang tadi tiba-tiba terhenti.
“Saya kenalkan, student baru kita”, Gadis disisi Puan Hamidah tersenyum.
“Nama saya Azira, berasal dari Johor..emmm umur 20 tahun”,
Aku kenal budak tu, rasanya budak yang aku tunjuk jalan pagi tadi. Satu kelas pulak dengan aku. Tengok tu senyum tu tak pernah hilang…isk!
“Joe, cun kan?”, Ajoi menyiku lengan , kepala di anggukkan. Semua kata dia cun, memang cair bila tengok senyumanya. Mula-mula tadi pun aku tangkap leleh jugak tapi bila terkenangkan Mona tak jadi pulak nak leleh…hampeh!.
“Woit! Belajarlah, yang kau tengok sampai nak terbeliak biji mata tu apa hal”,
“Tak…kau tengok tu Joe dia pandang la”, Joe mengalihkan pandangan pada gadis yang duduk sebaris dengannya. Gadis itu menguntum senyum.
“Eii…dia senyum la, aku suka! Aku suka!”,
Joe pandang muka Ajoi di sebelahnya. Joe tepuk dahi. Dia bukan senyum kat kaulah tapi kat aku. Bodo punya orang manyak pasan maa!.

to be continue..

Thursday, April 14, 2011

Salah Ke Prempuan X Pandai Masak??

Salam Kawan2...
Haa..apa yg korg fikir kan skang ni?? Korang klau nk cri calon isteri.. Nk yg msak sedap OR yg pndai plih kedai msakan sedap??? Haa jawb beb jgn x jawb.. Tp kan...yg laki plak, bleh x nk jd IMAM?? Haaa knaa jwb plak tu.. Mana pnting??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

13 Aurat Wanita

Salam kwn2...
Artikel kali nie pun bab aurat lagi.. memg patut la aurat ni dijage dn di tatang elok2...
Just tuk 'SharinG' with u'all... slamat mmbace ye...

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin